Assalamualaikum..
Salam MAULIDUR RASUL buat saudara seIslamku..
ALHAMDULILLAH hari ni aku berpeluang lagi ikut perarakan dan majlis ilmu sempena MAULIDUR RASUL.. bukan aku seorang seja.. aku pergi ngan daddy dan bestie..
sepanjang perarakan tu aku cuba sedaya yang mungkin untuk berselawat ke atas Rasul kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW.. mudah-mudahan dapat sedikit shafaat.. inshaaALLAH.. :)
dalam majlis ilmu tadi pula, ada seorang ustaz dijemput untuk sampaikan ceramah mengenai riwayat hidup baginda.. aku lupa sudah apa nama ustaz tu.. hehe.. best dia bagi ceramah.. ndak bosan dan senang faham..
cuma tadi keadaan ndak berapa selesa la.. sebab ramai budak ada dalam masjid tu buat bising di belakang, main sana main sini.. panas gak hati dibuatnya.. sabar seja la.. tapi sempat gak marah budak-budak tu.. buat buat garang dalam masjid.. garang la sangat.. hehe.. kalau ndak, confirm 1 benda pun yang ustaz tu cakap aku ndak dengar.. huhu..
nampak budak-budak di belakang tu? haa mereka la yang bising betul tu.. huhu.. eh aku yang mana 1? cari sendiri.. anyway, cantik kan masjid kami.. hehe.. |
dan ALHAMDULILLAH rezeki aku hari ni memang murah.. aku orang bertuah sebab terpilih dapat top up free RM10 daripada Pakcik AJK masjid.. dia cakap aku beri perhatian masa ustaz bagi ceramah.. mata pun ndak berkelip-kelip.. Pakcik tu cakap mungkin aku suka ngan tajuk ceramah atau mungkin gak suka ngan ustaz yang bagi ceramah.. err.. dua-dua kali.. wahahaha.. :D
suka aku kongsi intipati ceramah tadi.. antaranya tentang sifat terpuji Rasulullah SAW.. baginda ialah orang yang sangat amanah dan jujur.. sehinggakan digelar Al-Amin.. terus rasa kepingin pula mau bagi nama anak camtu.. hehe.. baginda sangat disenangi kerana sifat tersebut..
intipati yang lain pula pasal cara baginda melayani isterinya.. baginda seorang yang lemah lembut, penyayang dan suka bergurau dalam rumah tangganya.. isteri baginda sangat menghormatinya.. sehinggakan segala perilaku baginda sudah sangat difahami.. yang sweet aku rasa.. baginda menegur isterinya tanpa mengecilkan hatinya ngan senyuman yang manis.. dan baginda suka bermanja ngan isterinya.. SUBHANAALLAH.. sweet sangat kan..
dalam masyarakat pula, baginda sangat adil dalam menangani masalah-masalah kaumnya.. ndak pernah ada istilah berat sebelah, sentiasa adil dan baginda sangat dipercayai oleh semua orang.. salah satunya dalam peristiwa meletakkan batu Hajar Aswad pada tempatnya.. baginda gak suka bergurau senda ngan sahabat-sahabatnya.. ndak mudah berkecil hati ngan mereka..
ustaz tu pun ada pesan gak.. kita ndak perlu mengagung-agungkan kelahiran Rasulullah SAW.. yang sepatutnya kita agung-agungkan adalah sifat terpuji baginda dalam mengatur cara hidupnya untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara..
hmm.. betapa hebatnya Rasul kita ni kan.. MASYAALLAH.. rindu ngan baginda.. sayang ngan baginda.. :') mudah-mudahan perasaan ini bukan sekadar perasaan tapi inshaaALLAH bule jadi titik permulaan di mana aku dan saudara seIslam yang lain mau mencontohi baginda untuk dapatkan redha ALLAH SWT, di dunia dan akhirat.. ameen..
jom berselawat!!
No comments:
Post a Comment