SoMetHing.. AnyThing.. EveRyThing.. aBouT Me..

My photo
intro of me :: ~nur qasidah shakina ramli ~from KK bah.. ~23 years old ~student of Bachelor in Quality Management at University Tun Abdul Razak KK ~everyone can see who I appear to be but only a few know the real me..you can only see what I choose to show.. there's so much behind this smile.. others just don't know.. ~kindness is a mark of faith and whoever is not kind has no faith (Muslim)..

Thursday, January 31, 2013

ALHAMDULILLAH...

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAH.. perasaan yang sedikit meroyan kelmarin rasanya sudah mulai reda.. bukan meroyan  macam ibu yang baru habis bersalin tu.. aku ni bujang lagi la.. ni meroyan lain versi sikit.. meroyan orang-orang bujang tu haa.. hahaha.. 


buka seja blog hari ni most of bloggers yang aku follow tu update pasal marah.. benci.. sakit hati.. sedih.. dan semua tu berkaitan ngan perasaan yang sedang aku alami sekarang.. macam faham faham seja diaorang kan.. hihi.. syukur la segala benda yang diaorang update tu very useful.. ada tips yang bule di-apply untuk face masalah aku ni.. di samping ngan adanya nasihat orang-orang yang aku sayang.. so THANK YOU to Kak YinYin dan my beloved bestie.. really appreciate it..

aku rasa aku sudah jumpa jalan penyelesaian yang baik untuk semua orang dan untuk diri aku gak.. inshaaALLAH ia yang terbaik buat masa sekarang ni.. forgive and forget.. hmm.. memang berat buat dua benda ni.. tapi hidup bukan hanya semata-mata untuk buat orang suka atau benci kita.. jangan kerana masalah tu, aku lupa ngan tanggungjawab lain yang lebih penting..

macam yang Kak YinYin cakap.. kita asyik fikir pasal jodoh.. tapi lupa pasal kematian.. Astaghfirullahalzim.. terasa gak aku.. walaupun pahit kenyataan tu, tapi ada kebenarannya gak.. terus termuhasabah sekejap.. syukur sebab masih ada orang yang mengingatkan.. tu tandanya ALLAH sayang kita.. :) kalau bestie pula, dia cakap.. kita sudah usaha, doa dan tawakal ngan DIA.. yang selebihnya biar DIA yang uruskan.. kalau ada jodoh, ada la.. kalau sebaliknya, kita perlu gak bersyukur dan ndak perlu menyesal pun.. sebab usaha, doa dan tawakal sudah dibuat.. betul gak kan.. hihi..

suka aku ngan petikan entry Cik Lyssa Faizureen ni.. 



"Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!"


hmm.. aku kena yakin apa yang aku alami sekarang banyak hikmahnya.. ia bukan benda yang sia-sia.. aku akui tu.. ya ALLAH.. ALHAMDULILLAH.. kerana masalah ni banyak benda yang buat aku sedar.. terima kasih ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment