Assalamualaikum..
Hati perempuan mana yang sanggup tengok Tunang sendiri dalam keadaan sebegini rupa.. dengan jarak yang bukan dekat, dengan kesakitan dan kepayahan dia sendirian sudah cukup buat hati aku menangis.. dari kejauhan aku cuma mampu doakan agar dia cepat sembuh dan sabar serta tabah berdepan dengan dugaan kecil ni..
Dugaan kecil.. mungkin tidak.. sekiranya ia sememangnya dugaan kecil, mengapa aku terasa jiwa ini seperti terbang seketika.. kenapa aku sedikit tertekan dan menangis separuh gila.. Astaghfirullah Alazim.. ternyata aku cuma manusia biasa, manusia lemah.. maafkan aku Ya Rabb..
Ya Rabb.. tolong jagakan dia.. berikan dia kekuatan, kesabaran, ketabahan untuk menghadapi segala kesakitan dan kepayahan tanpa aku di sisinya.. moga besar hikmah yang bakal Engkau berikan nanti pada kami.. kerana aku menyanyanginya keranaMu Ya Rabb.. sembuhkanlah dia.. Aminnnn Ya Rabbal Alaminnn..